Monday, March 22, 2010

Khamis oh Khamis

Buai laju-laju, lajak belah sana
biar tak pakai baju asal aku glamor...........

huargh3x






Khamis.....nape sedih-sedih ni....ayah tengah carilah bakal isteri kamu..hehehe...sabau le......heheheh...............

Monday, October 26, 2009

Serba-Salah - Mr Be

Dalam kesyahduan pagi atau malam, datang rasa kasihan hingga memikirkan secara serius untuk mengembalikan Khamis aka Mr Be ke habitat asalnya - hutan. Tetapi bila tengok kekurangannya rasa bimbang/takut/kasihan dia tak boleh dan tak dapat menerima kehidupan dihutan kerana dia tak pernah hidup dihutan.

Tapi kalau tak dilepaskan juga kasihan dia, dahlah jadi bagai simpulan bahasa "kera sumbang" tu - binatang beruk tinggal dengan manusia, kawan dengan manusia, so kalau dilepaskan kat hutan boleh ke? Bimbang kat Hutan nanti pun dia akan jadi kera sumbang juga!!

Tengoklah, cuti balik kampung nanti, kot-kot boleh lepaskan kat hutan Pondok Tanjung tu.....

Wednesday, September 2, 2009

Aduh...lamanya.......

LAMA BETUL tak update blog ni...bukan apa, sibuk ngan benda-benda dan blog lain. Tambahan Hamster dah tak de lagi...seekor pun tak de........semua dah dijual dan dikasi orang....yg tinggal ialah Khamis dan seekor ahli baru keluarga kami.

Namanya Tam Cing Pong ......hehehe...Hitam Kuching Tampong....hahaha.....tapi si pong ni bijak...., nanti ada masa saya upload gambar dan kisah dia.....

Dia ni kucing tapi perangai macam anjing...kejar orang....kekadang macam beruk pun ada.....isk...kami yang confuis atau Pong yang confuse identitinya ni?

Tuesday, June 30, 2009

Mr Be aka Khamis


Mr Be kerana dia adalah Be..rok dan dia kuat mera..ba, hehehe....Mr Be sedang beraksi sebagai bomba.


Saya baru tahu yang be ni pandai berenang, menyelam dan suka mandi kolam...... Ni dia sedang tarik getah paip nak main air.

Tuesday, June 16, 2009

Khamis Malang Jumaat

Selalu kita dengar Khamis malam Jumaat tapi bagi si Khamis ni malangnya jatuh pada hari Jumaat. Dia digigit anjing pada pagi Jumaat. Alhamdulillah dah seminggu berlalu dan nampaknya dia sudah pulih sepenuhnya dari segi kecederaan tetapi dari segi truma dan phobia dia tak nak tinggal diluar rumah lagi.

Sekarang ni, dia tinggal dan tido dalam rumah macam ahli keluarga lainb. Badannya dah 2x ganda saiz dia datang dulu tapi penakutnya.....sentiasa nak ada orang dekat, kalau tak de, bising panggil........

Kesian dia, dah lah mak ayah tak de si Ilah pulak asyik buli dia.........tapi dia adalah pelawak dalam keluarga ini. Kekadang tension dengan p[erangainya namun bila dia buat muka kesian tak siapa dapat menahan diri....

Dia memang pelakun hebat!!

Wednesday, June 10, 2009

Khamis - The Be (new pet in the house)

Nampaknya blog hamster ni dah bertukar kepada blog si Khamis - The Berok.

Ini adalah kerana hamster-hamster yang dikasihi dah tinggal belas-belas ekor aje dah dan dah tak mesra dengan mereka kerana sibuk dengan the new pet of the family - The Be.

Apa-apa pun jika ada sesiapa yang inginkan hamster tu dan sudi nak datang ambik kat umah saya, marilah...kali ni kasi free aje sebab dah tak larat nak jaga......jaga setakat bagi makan minum, cuci sangkar sekarang ni dah diambil alih oleh sang suami tapi kami tak dapat nak bagi kasih sayang macam dulu lagi.

Mr Be aka Khamis mengambil semua masa dan tumpuan kami. Maklumlah macam anak kecil yang memerlukan perhatian sepenuh masa sampai tidak ada ruang untuk binatang lain.

Kalau keluar pergi mana-mana, Mr Be mesti ikut. Duduk belakang macam bos lagi..........Baru-baru ni dia kena gigit anjing, alahai kesiannya......pergi doktor kena RM177-00. Sekarang ni dia tidur dalam rumah. Siang-siang pun duduk dalam rumah........truma dan phobia......

Wednesday, June 3, 2009

Mohon Maaf kepada Para Peminat Hamster

Kepada yang telah menulis kepada saya dan kepada yang telah berjanji untuk mendapatkan hamster, saya mohon maaf kerana tidak punya kesempatan untuk menghantar hamster yang dipesan.

Kepada yang masih berminat, kalau boleh jumpa dikawasan Klang, Shah Alam, Subang Jaya rasanya boleh diuruskan penghantaran hamster ni....kepada yang jauh-jauh saya mohon ampun maaf kerana tidak dapat nak memenuhi hasrat murni kalian. Juga maaf kepada anak-anak yang menanti hamster..........

Silalah e-mail semula kepada saya dan aturkan penghantaran yang lain....hamster hanya tinggal kurang lebih 10 ekor yang masih ganal2 lagi.......