Monday, October 26, 2009

Serba-Salah - Mr Be

Dalam kesyahduan pagi atau malam, datang rasa kasihan hingga memikirkan secara serius untuk mengembalikan Khamis aka Mr Be ke habitat asalnya - hutan. Tetapi bila tengok kekurangannya rasa bimbang/takut/kasihan dia tak boleh dan tak dapat menerima kehidupan dihutan kerana dia tak pernah hidup dihutan.

Tapi kalau tak dilepaskan juga kasihan dia, dahlah jadi bagai simpulan bahasa "kera sumbang" tu - binatang beruk tinggal dengan manusia, kawan dengan manusia, so kalau dilepaskan kat hutan boleh ke? Bimbang kat Hutan nanti pun dia akan jadi kera sumbang juga!!

Tengoklah, cuti balik kampung nanti, kot-kot boleh lepaskan kat hutan Pondok Tanjung tu.....

Wednesday, September 2, 2009

Aduh...lamanya.......

LAMA BETUL tak update blog ni...bukan apa, sibuk ngan benda-benda dan blog lain. Tambahan Hamster dah tak de lagi...seekor pun tak de........semua dah dijual dan dikasi orang....yg tinggal ialah Khamis dan seekor ahli baru keluarga kami.

Namanya Tam Cing Pong ......hehehe...Hitam Kuching Tampong....hahaha.....tapi si pong ni bijak...., nanti ada masa saya upload gambar dan kisah dia.....

Dia ni kucing tapi perangai macam anjing...kejar orang....kekadang macam beruk pun ada.....isk...kami yang confuis atau Pong yang confuse identitinya ni?

Tuesday, June 30, 2009

Mr Be aka Khamis


Mr Be kerana dia adalah Be..rok dan dia kuat mera..ba, hehehe....Mr Be sedang beraksi sebagai bomba.


Saya baru tahu yang be ni pandai berenang, menyelam dan suka mandi kolam...... Ni dia sedang tarik getah paip nak main air.

Tuesday, June 16, 2009

Khamis Malang Jumaat

Selalu kita dengar Khamis malam Jumaat tapi bagi si Khamis ni malangnya jatuh pada hari Jumaat. Dia digigit anjing pada pagi Jumaat. Alhamdulillah dah seminggu berlalu dan nampaknya dia sudah pulih sepenuhnya dari segi kecederaan tetapi dari segi truma dan phobia dia tak nak tinggal diluar rumah lagi.

Sekarang ni, dia tinggal dan tido dalam rumah macam ahli keluarga lainb. Badannya dah 2x ganda saiz dia datang dulu tapi penakutnya.....sentiasa nak ada orang dekat, kalau tak de, bising panggil........

Kesian dia, dah lah mak ayah tak de si Ilah pulak asyik buli dia.........tapi dia adalah pelawak dalam keluarga ini. Kekadang tension dengan p[erangainya namun bila dia buat muka kesian tak siapa dapat menahan diri....

Dia memang pelakun hebat!!

Wednesday, June 10, 2009

Khamis - The Be (new pet in the house)

Nampaknya blog hamster ni dah bertukar kepada blog si Khamis - The Berok.

Ini adalah kerana hamster-hamster yang dikasihi dah tinggal belas-belas ekor aje dah dan dah tak mesra dengan mereka kerana sibuk dengan the new pet of the family - The Be.

Apa-apa pun jika ada sesiapa yang inginkan hamster tu dan sudi nak datang ambik kat umah saya, marilah...kali ni kasi free aje sebab dah tak larat nak jaga......jaga setakat bagi makan minum, cuci sangkar sekarang ni dah diambil alih oleh sang suami tapi kami tak dapat nak bagi kasih sayang macam dulu lagi.

Mr Be aka Khamis mengambil semua masa dan tumpuan kami. Maklumlah macam anak kecil yang memerlukan perhatian sepenuh masa sampai tidak ada ruang untuk binatang lain.

Kalau keluar pergi mana-mana, Mr Be mesti ikut. Duduk belakang macam bos lagi..........Baru-baru ni dia kena gigit anjing, alahai kesiannya......pergi doktor kena RM177-00. Sekarang ni dia tidur dalam rumah. Siang-siang pun duduk dalam rumah........truma dan phobia......

Wednesday, June 3, 2009

Mohon Maaf kepada Para Peminat Hamster

Kepada yang telah menulis kepada saya dan kepada yang telah berjanji untuk mendapatkan hamster, saya mohon maaf kerana tidak punya kesempatan untuk menghantar hamster yang dipesan.

Kepada yang masih berminat, kalau boleh jumpa dikawasan Klang, Shah Alam, Subang Jaya rasanya boleh diuruskan penghantaran hamster ni....kepada yang jauh-jauh saya mohon ampun maaf kerana tidak dapat nak memenuhi hasrat murni kalian. Juga maaf kepada anak-anak yang menanti hamster..........

Silalah e-mail semula kepada saya dan aturkan penghantaran yang lain....hamster hanya tinggal kurang lebih 10 ekor yang masih ganal2 lagi.......

Thursday, May 21, 2009

alamak..............kepada yang dah order hamster tu akak mohon maaflah bebanyak kerana belum dapat nak hantar hamster kat kalian. Bukan sibuk ape pun cuma perjalanan tu kena dirancang sebab almaklumlah..........................

Akak mohon bebanyak maaf, harap kalian jangan serik dan sabar menunggu yea. Sedang diusahakan ni......kalau yang rasa-rasa boleh datang ke rumah amik sendiri, akak alu-alukanlah........

Generasi yang tinggal ni adalah generasi baru - sihat-sihat, montel-montel tapi garang sikit sebab kurang main ngan dia sebab sekarang asyik main ngan si Khamis...the Be...rok.

Isk...manapulak gambar ni......lainkali aje le akak upload gambar.......tah kat folder mana pulak cari tak jumpa ni.....

Tuesday, May 5, 2009

Terima Kasih

Salam
Kepada pembeli-pembeli hamster , En Zulhisyam dan En Yusof - terima kasih. Muga anda gembira dan akan jaga hamster-hamster tu dengan baiknya. Dah kasi nama ke? Standard lah kalau dinamakan si Hitam dan Si Choklat tu........

Anggota Terbaharu keluarga kami


Salam
Ini adalah ahli terbaharu keluarga kami. Namanya Khamis, ditinggalkan oleh kaum kerabat kerana dia cacat penglihatan.
Masih muda lagi........

Wednesday, April 29, 2009















Manjakan hamster anda!!

Alhamdulillah, ramai yang menjawab iklan semalam. Insya Allah penghantaran sedang diaturkan sekarang ni. Muga selewat-lewatnya minggu depan tuan-puan, adik-kakak akan dapat hamster tu.


Pesanan saya satu aje, jaga dia baik-baik macam kita jaga dan sayang kucing. Cuma hamster ni kecil tak boleh nak peluk-peluk, tapi nak usap-usap boleh....kalau kucing kita kena guna satu tapak tangan untuk usap badan dia tapi kalau hamster cukup ngan satu jari aje :D


Hamster dalam piliharan saya agak jinak sebab pagi-pagi makan disuap - guna sudu kecil dan suapkan makanan melalui jaringnya. Kalau makan kuaci tak payah guna sudu, boleh hulur terus, selalunya kalau saya panggil, saya akan gesekkan jaring sangkar tu, dan bila dia nak panggil kita pulak atau nak perhatian kita dia akan gigit sangkar tu..... ala come3...busuk3 ...... anak saya akan timang2 hamster tu....


Sembang dengan hamster........, keluarkan hamster dari sangkar, main-main ngan dia. Insyaallah akan jadi jinak hamster tu. Seorang anak kawan saya, bela hamster dengan lepaskan dalam bilik dia, bila hamster tu nak makan/minum, dia akan keluar, cuit-cuit kaki (mula-mula tu tergigitlah pulak.....)


So, menggigit bukan bererti dia tak suka atau garang tapi kekadang mood tak baik, sakit badan atau tak kenal kita lagi, harus ada suai kenal....tak cukup bagi makan/minum dan bersihkan sangkar aje. perlu ada personal touch.


Cubalah.........macam manusia juga, perlu ada suai kenal, beramah mesra baru boleh jadi kawan kan.......So, kenali hamster anda agar nanti boleh jadi kawan yang

Tuesday, April 28, 2009

Samdol@ saripdol

Jika anda telah ke mudah.com, anda akan dapati hamster ini dipromosikan dengan harga RM10-00 sepasang. Ini adalah untuk beli jiwa sipemiliknya (anak saya) untuk dia beli arnab pulak.

Hamster ni jenis mongolian yg life spannya hanya 2 tahun (dijangka); mudah nak dijaga. Besar dari jenis dwaftc tapi kecil dari saiz guinea pig. Ada 3 warna - hitam, choklat, dan 3 warna. 3 warna suka tinggal dengan yang sebulu dengannya, mesra tapi tak suka jaga anak.

Hitam bapa yang baik dan choklat ibu yang baik - ada juga jenis yang tak suka bela anak ni....., dibiarnya anak tu sampai mati......

Si samdol adalah hamster hitam yang suka bergaduh dengan hamster yang lain, tapi sekarang ni dah dapat life partner, dah ok nampaknya :D, kami ada avata, winslow, buk, hitam, busuk2, appa, saripdol, musang dll.

Hanya mempromosikan choklat dan hitam - supaya beranak dpt color lain2. Kalau 3 warna (Avata/Musang) macam explaination diataslah.

So terpulanglah, nak yang mana...........

Monday, April 27, 2009

Hamster - Tikus yang comel

Hamster adalah tikus kecil yang comel. Ala-ala kucing kalau saiznya besar. Gelagat dan keletahnya mampu menghilangkan stress. Penjagaannya pun senang.

Apa yang perlu hanya sebuah sangkar 4 segi (difahamkan kalau yang bulat boleh buat hamster ni konfuis) dengan jeriji (Beli aje di mana-mana petshop - tapi kalau di jalan pasar murahlah sikit - sangkar yang sederhana besar tu dalam RM40-00 siap dengan rumah, buaian, bekas air dan bekas makan. Makanan dan abuk papan kena beli asing. Belilah sangkar yang sederhana besar tu, kalau kecil kesian pulak macam duduk apartment pulak (cramp);

Saya membelanya kira-kira setahun yang lalu dan kini mempunyai lebihkurang 50 ekor - dengan senyuman melirit, saya mengakui diri saya sebagai penternak yang berjaya!! heh..heh..heh........

Memandangkan bilangan penduduk bertambah, maka penempatan telah menjadi padat, maka ingin saya mengwar-warkannya kepada sesiapa yang teringin nak membela hamster untuk mengambil angkat hamster saya.

Saya tidak menjual kepada Pet shop sebab binantang yang ade disana kurang kasihsayangnya. Jadi sesiapa yang berhajat bolehlah e-mail saya di rahamah@gmail.com. Kita berunding.

Jangan risau tak perlu isi form.....:)