Monday, October 26, 2009

Serba-Salah - Mr Be

Dalam kesyahduan pagi atau malam, datang rasa kasihan hingga memikirkan secara serius untuk mengembalikan Khamis aka Mr Be ke habitat asalnya - hutan. Tetapi bila tengok kekurangannya rasa bimbang/takut/kasihan dia tak boleh dan tak dapat menerima kehidupan dihutan kerana dia tak pernah hidup dihutan.

Tapi kalau tak dilepaskan juga kasihan dia, dahlah jadi bagai simpulan bahasa "kera sumbang" tu - binatang beruk tinggal dengan manusia, kawan dengan manusia, so kalau dilepaskan kat hutan boleh ke? Bimbang kat Hutan nanti pun dia akan jadi kera sumbang juga!!

Tengoklah, cuti balik kampung nanti, kot-kot boleh lepaskan kat hutan Pondok Tanjung tu.....

No comments:

Post a Comment