Wednesday, June 10, 2009

Khamis - The Be (new pet in the house)

Nampaknya blog hamster ni dah bertukar kepada blog si Khamis - The Berok.

Ini adalah kerana hamster-hamster yang dikasihi dah tinggal belas-belas ekor aje dah dan dah tak mesra dengan mereka kerana sibuk dengan the new pet of the family - The Be.

Apa-apa pun jika ada sesiapa yang inginkan hamster tu dan sudi nak datang ambik kat umah saya, marilah...kali ni kasi free aje sebab dah tak larat nak jaga......jaga setakat bagi makan minum, cuci sangkar sekarang ni dah diambil alih oleh sang suami tapi kami tak dapat nak bagi kasih sayang macam dulu lagi.

Mr Be aka Khamis mengambil semua masa dan tumpuan kami. Maklumlah macam anak kecil yang memerlukan perhatian sepenuh masa sampai tidak ada ruang untuk binatang lain.

Kalau keluar pergi mana-mana, Mr Be mesti ikut. Duduk belakang macam bos lagi..........Baru-baru ni dia kena gigit anjing, alahai kesiannya......pergi doktor kena RM177-00. Sekarang ni dia tidur dalam rumah. Siang-siang pun duduk dalam rumah........truma dan phobia......

No comments:

Post a Comment